Yang mana menjadi pilihan anda? Saya percaya kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.
Sekiranya anda memilih bekerja sendiri, maka anda tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa berusaha, lebih kuat anda berusaha maka akan lebihlah pendapatan anda, sekiranya malas mungkin akan mendapat sekadar yang perlu.
Bagi mereka yang makan gaji pula, adalah mereka yang mengimpikan kehidupan sederhana dan tersusun tetapi boleh jadi ianya akan menggangu kehidupan sekiranya terdapat bebanan tugas yang perlu disiapkan.
Jadi samada bekerja sendiri atau makan gaji, kedua-duanya adalah perjalanan kita untuk mencapai kejayaan. Usaha tanpa jemu pasti akan menghasilkan kejayaan
Tuesday, 10 February 2015
Sunday, 8 February 2015
MAKSUD KEJAYAAN?
Ramai orang berjaya..tapi berapa ramai yang betul-betul berjaya?
Cuba kita renungkan, mungkin kita telah berjaya, tapi kita tidak mengetahuinya..bermakna kita belum betul-betul berjaya. Sebagai contoh, kejayaan seseorang memasuki universiti dan apabila dia tamat belajar, berjaya ditawarkan kerja..tetapi pekerjaannya sekadar kerana terpaksa mencari rezeki untuk kesinambungan hidup. Ini juga adalah kejayaan baginya dalam hidup tanpa dia sedari.
Kejayaan yang sebenar adalah sesuatu yang kita sangat mahu lakukan dan memberi kepuasan kepada diri sendiri. Usahalah selagi mampu kerana
"Allah swt tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan seseorang itu mengubahnya sendiri"

Thursday, 5 February 2015
JENIS-JENIS PELABURAN DI MALAYSIA
Adakah anda pernah melabur?
Pasti anda tertanya-tanya apakah jenis pelaburan yang paling selamat? Pada saya semua pelaburan adalah berisiko sangat tinggi..dalam erti kata lain, seseorang yang hendak melabur perlu ada kesedaran bahawa pelaburan hanya akan terbahagi kepada 2 perkara iaitu..untung atau rugi.. Banyak cara melabur di Malaysia, antaranya:

- Melabur didalam Bank-bank tempatan
- Melabur didalam Koperasi
- Melabur didalam Tabung haji
- Melabur didalam Amanah Saham Bumiputera (Paling Popular)
- Pelaburan Emas
- Melabur didalam Unit Trust (Public Mutual dan lain-lain)
- Forex Trading
Jadi, dimanakah pelaburan anda selama ini?
Tuesday, 3 February 2015
BERANI GAGAL
Berani Gagal...?
Berapa orang yang berani untuk gagal? ramai diantara kita yang tidak berani untuk gagal, semuanya hanya mahu mencapai kejayaan. Namun sebenarnya, berani untuk gagal adalah satu istilah yang menjadi pemangkin kepada apa yang kita lakukan.
Sebenarnya "Berani Gagal" adalah lebih kepada istilah tawakal, iaitu kita berusaha sedaya upaya dan kejayaan atau mahupun rezeki adalah ketentuan oleh Allah Yang Maha Kaya. Persoalannya, perlukah kita berasa berani untuk menghadapi kegagalan? Jujur saya katakan, saya sendiri juga sebenarnya agak takut untuk gagal..namun istiqomah diri perlu jitu.
Bagaimana caranya? Alim ulama telah menasihatkan bahawa pemberi rezeki adalah Allah swt, tidak kiralah siapa diri kita selama ini, samada kaya, miskin, sederhana..semuanya adalah pemberian daripada Allah swt. Apa yang penting ialah kita terus berusaha dan terus berusaha sehingga kejayaan itu menjadi milik kita...Ingatlah bahawa:-
"Allah swt tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan seseorang itu berusaha mendapatkannya (sesuatu yang baik dan diredaiNYA)"

CIRI PENTING UNTUK BERJAYA
Ada satu ciri yang sangat penting untuk berjaya..iaitu TIDAK MENGENAL ERTI PUTUS ASA..Inilah pedoman yang sangat hebat dan kental dimana kita harus yakin dengan setiap pertolongan daripada Allah swt.
Janganlah kita berputus asa, selagi ada kemahuan, disitu ada jalan (lebih nasihat kepada saya sendiri)..kerana itu saya menubuhkan blog ini sebagai catatan ke arah kejayaan yang saya harapkan.
Saya percaya, yakin dan sabar pasti akan membuahkan hasil nanti.

CATATAN KE ARAH KEJAYAAN
Assalamualaikum,
Pada zaman kini, persaingan untuk kelangsungan hidup semakin sengit. Pelbagai cara dilakukan oleh manusia untuk survival hidup dan berjaya. Tetapi, tidak ramai yang berjaya untuk mencapai keinginannya yang sebenar. Sebagai manusia tentulah seseorang itu akan berasa sangat kecewa apabila segala usahanya selama ini tidak membuahkan hasil. Janganlah putus asa wahai kawan, Insyaallah, selagi ada kudrat teruslah berusaha demi mencapai impian masing-masing.
Percayalah kepada Firman Allah swt yang berbunyi:-

"Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira"
|
Subscribe to:
Posts (Atom)