Pada zaman kini, persaingan untuk kelangsungan hidup semakin sengit. Pelbagai cara dilakukan oleh manusia untuk survival hidup dan berjaya. Tetapi, tidak ramai yang berjaya untuk mencapai keinginannya yang sebenar. Sebagai manusia tentulah seseorang itu akan berasa sangat kecewa apabila segala usahanya selama ini tidak membuahkan hasil. Janganlah putus asa wahai kawan, Insyaallah, selagi ada kudrat teruslah berusaha demi mencapai impian masing-masing.
Percayalah kepada Firman Allah swt yang berbunyi:-
"Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira"
|
No comments:
Post a Comment