Monday, 3 December 2018

Mencari Rezeki Dengan Pertolongan Daripada Allah swt

Assalamualaikum, lama juga saya tak kemaskini blog ini..kita terus bicara soal rezeki..

Rezeki itu adalah kurniaan Allah swt kepada seseorang hambaNya. Boleh jadi cepat, atau lambat, namun yang pastinya nikmat rezeki itu amatlah membahagiakan mereka yang memperolehnya.

Bagaimana rezeki itu datang kepada seseorang? Jawapannya adalah berbagai, ada orang dapat rezeki kerana usahanya, ada orang dapat rezeki kerana bernasib baik, ada orang dapat rezeki kerana perbuatannya dan bermacam-macam lagi bentuk rezeki itu.

Sebagai seorang Islam, yakinlah akan rezeki dari Allah..yang penting sentiasa berdoa dan patuh perintah Allah swt..Insyaallah, rezeki itu tidak akan salah alamat..teruskan berdoa, mudah mudahan kita semua beroleh rezeki yang luas..Amin