Tuesday, 3 February 2015

BERANI GAGAL

Berani Gagal...?

Berapa orang yang berani untuk gagal? ramai diantara kita yang tidak berani untuk gagal, semuanya hanya mahu mencapai kejayaan. Namun sebenarnya, berani untuk gagal adalah satu istilah yang menjadi pemangkin kepada apa yang kita lakukan.

Sebenarnya "Berani Gagal" adalah lebih kepada istilah tawakal, iaitu kita berusaha sedaya upaya dan kejayaan atau mahupun rezeki adalah ketentuan oleh Allah Yang Maha Kaya. Persoalannya, perlukah kita berasa berani untuk menghadapi kegagalan? Jujur saya katakan, saya sendiri juga sebenarnya agak takut untuk gagal..namun istiqomah diri perlu jitu.

Bagaimana caranya? Alim ulama telah menasihatkan bahawa pemberi rezeki adalah Allah swt, tidak kiralah siapa diri kita selama ini, samada kaya, miskin, sederhana..semuanya adalah pemberian daripada Allah swt. Apa yang penting ialah kita terus berusaha dan terus berusaha sehingga kejayaan itu menjadi milik kita...Ingatlah bahawa:-

"Allah swt tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan seseorang itu berusaha mendapatkannya (sesuatu yang baik dan diredaiNYA)"

No comments:

Post a Comment